background

x

Sunday, August 21, 2011

baju couple


aku skang ni tgh dok belek2 baju couple yang latest, teringin la tgk...cute sgt bila ada yang dh try. sebenarnya trend baju couple ni dah lama cuma aku je yang baru nk beli, dulu tak teringin pon.. harga xla mahal sgt 2 pasang tu dlm rm59 je, pas ni leh la aku try gan si dia hahaha (gelak sambil menaip). kadang2 rasa blog aku ni mcm blog tok wt sale plak..hu3

tengok dalam tenet baju limit arr..xpuas so aku g tgk kt mid ingatkan banyak rupanya sama je. dalam satu gerai tu xsampai pon 50 pasang yg ada, law nk beli pon nk kne order, nk kne tggu and then nk kne g amek, renyah bnyk keja aku xsuka, better beli yg dh ada senang hehehe

kat bawah ni aku ada post baju couple yg sweet, law ada sapa yg trigin tu g beli kt midvalley ikot aku hehehe aku just research je nk taw trend yg latest and mock-up harga t senang langkah berjaga2



serius cute he3 nk try laa


orang sibok nk beli baju raya yang aku sibok nk beli bj couple hahaha





















selamat membeli hehehe

Friday, August 19, 2011

petua!! jom try


TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.



HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.



MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.




PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.



GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.



MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.



TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.



HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.





MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.



PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.



PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.



BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.



GULA UBAT LUKA

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.




MENGHILANGKAN BISUL

Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.




BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.



LIMAU WANGIKAN RAMBUT

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.



KHASIAT AIR BERAS

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.



UBAT SAKIT MATA

Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.



RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.



BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.



RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban




HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.



ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.



MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.



IKAN TIDAK BUSUK

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.



MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH

Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan, sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.





Wednesday, August 17, 2011

kentut hehehe

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.



Info
Makanan penyebab kentut


  • Kacang
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin.


  • Dari mana asal kentut?

    Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

    Apakah komposisi kentut?

    Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.

    Komposisi gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar kandungan nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.


    Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

    Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.

    Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?

    Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya,tapi SBD (‘Silent But Deadly‘).

    Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?

    Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

    Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

    Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.

    Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerakan peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.

    Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

    Tidak ada kaitannya dengan jantina. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, dan apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.




    Tuesday, August 16, 2011

    bergunanya tepung gandum

    Di bulan puasa yang mulia ni aku selalu sakit perot. bukan setakat aku jer malah roomate aku pon sama, xtaw la apa puncanya mungkin terlebih makan ataupon makanan yang di beli tu xelok di masak. mungkin salah aku jugak melantak xingat dunia hehehehe maklumlah semua benda nampak sedap. Bila perut meragam aku mula la xleh nk duduk asyik dating gan jamban je, sok ada kelas mati aku law tercirit dalam kelas, aku risau lalu menelepon mak aku kt kampong, mak aku memberi tip untuk hilangkan sakit perot insyallah kita hanya merancang tapi allah menentukan. Oleh itu macam ni la caranya kawan2 senang jer

    step1:
    beli tepong gandum xkisah lah jenama apa skali pon janji tu tepong gandum


    step 2:

    masukkan air masak sejuk ke dalam cawan dan letakkan sedikit tepung tu, kira dalam 2,3 sudu laa


    step 3:

    biar air tu dalam beberapa minit sehingga nampak jernih. biarkan lapisan tepung di bahagian bawah menjadi agak keras, pastu minum la perlahan lahan jangan sampai terminum tepung tu plak, minum air jer..




    insyallah dalam setengah jam sakit perut tu akan hilang ni petua dr my mom law kwn2 nk cuba bleh la.. berguna jugak tepung gandum ni selain daripada buat kuih muih. aku dh slalu buat dalam beberapa hari ni alhamdulilah mujarab, dah save duit gan masa dr nk g ke klinik selamat mencuba k...papai...

    Sunday, August 14, 2011

    kuih raya hehehehe

    dah dekat nk raya ni, apalagi jom ar kita tinjau2 biskut raya yg terkini dan moden leh gak try wt, sdap xsdap tu belakang kira yg penting pose tu ikhlas hahahaha, org skang dh kreatif tgk la biskut yg dibuat bkn stakat lazat terliur dibuatnya.
    biskut tiramisu, bkn kek je ada..
    sedapnya, biskut ni klu mkn xpyh beli buah buahan dah nama pon biskut friuty
    yg ni biskut madu atau nama saintifiknya biskut poligami hahahaha

    biskut bunga ni sygnya nk mkn, ingt nk wt perhiasan jer..
    biskut rama2 leh wt tok hantaran, cantikkan?? skang ni dh pelbagai aneka biskut yg kita leh cari. tgk mcm sdp tp taste xtaw g
    biskut tembikai

    samperit susu tapi bentuk kerang...cantik kreatif leh wt perhiasan
    tgk la biskut hello kitty ni... nk mkn pon syg kan?? comel sgt
    ni kuih bunga rose tgk pon dh terliur tp nmpk cam palsu jerr...

    comelnye kuih raya mcm ni, namanya biskut sependa hehehe
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...